About

Redup Rindu Campsite

Owner

Redup Rindu Campsite

Redup Rindu Campsite

Terletak di Kampung Sahom, Kampar, Perak, Redup Rindu Campsite (RRC) merupakan destinasi ekopelancongan yang menawarkan pengalaman perkhemahan dalam suasana alam semula jadi yang tenang, nyaman, selamat dan mendamaikan.

Bermula pada tahun 2024, RRC diusahakan oleh usahawan wanita di bawah naungan Koperasi Keluarga Haji Tahir Ngah Abdullah Kampar Berhad menyediakan lebih 30 tapak perkhemahan dengan kapasiti sehingga 400 pengunjung, sesuai untuk percutian keluarga dan rakan-rakan, program berkumpulan, aktiviti syarikat, jabatan, institusi pendidikan serta pelbagai majlis istimewa dan acara.

Dikelilingi kehijauan alam dan keindahan Sungai Dipang, Redup Rindu turut menyediakan pelbagai kemudahan bagi memastikan pengunjung dapat menikmati pengalaman perkhemahan yang selesa tanpa kehilangan keaslian suasana alam.

Lebih daripada sekadar tapak perkhemahan, selain layanan dan perkhidmatan terbaik, RRC adalah destinasi untuk kembali kepada alam, meluangkan masa bersama dan mencipta kenangan yang dirindui kembali.